Skip to content
English

KEMUDAHAN PEMBIAYAAN SABAH (Islamik)

Pembiayaan Perumahan Tawarruq-i Bersubsidi oleh Kerajaan Negeri Sabah

Bagi pegawai awam yang berkhidmat dalam Kerajaan Negeri Sabah.

Garis panduan, terma & syarat di bawah skim pembiayaan seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling Kementerian Kewangan

KEW 100-4/4.Klt.7 yang dikeluarkan pada 30 Mac, 2017.

Pembiayaan Maksimum

100% daripada kos hartanah atau nilai pasaran mengikut penilaian Syarikat kami, yang mana lebih rendah, dan tertakluk kepada kelayakan pemohon.

Pembiayaan maksimum adalah RM500,000 – tertakluk kepada pengesahan kelayakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Dokumen yang diperlukan untuk Permohonan:

  1.  Salinan IC yang disahkan (pemohon/ pasangan/ penjual/ penjamin)
  2.  Salinan slip gaji yang disahkan (pemohon/ penjamin) – 3 bulan terkini
  3.  Salinan EC/ EA yang disahkan (pemohon)
  4.  Salinan Surat Perlantikan Jawatan (pemohon)
  5.  Salinan Surat Pengesahan Kelayakan dari Jabatan
  6.  Salinan Borang Tempahan Pembelian Hartanah/ Perjanjian Jual Beli/ Surat Niat
Mohon Sekarang
Borang Permohonan (PDF)

Tempoh Pembiayaan Maksimum

Tempoh pembiayaan sehingga 30 tahun (dengan syarat umur pemohon pada akhir tempoh pembiayaan tidak melebihi 70 tahun).

Kadar Keuntungan Bersubsidi

3.0% setahun mengikut kaedah baki berkurang.

Ciri-Ciri Tambahan

Bayaran bulanan melalui potongan gaji.
Pembiayaan untuk MRTT disediakan.

Soalan Lazim

Ya, anda boleh memohon tetapi tertakluk kepada kelulusan Kerajaan.

Tempoh pinjaman maksimum adalah 30 tahun (dengan syarat umur peminjam pada akhir tempoh pembayaran tidak melebihi 70 tahun).

Tidak, kami tidak membenarkan pengeluaran bayaran pendahuluan daripada pinjaman. Selepas dokumen pinjaman diselesaikan, pengeluaran pinjaman hanya boleh dibuat secara progresif berdasarkan Laporan Penilaian syarikat kami mengenai tahap pencapaian kerja-kerja pembinaan.

Tidak, kami tidak membenarkan pengeluaran bayaran yuran guaman daripada pinjaman yang diluluskan. Kos dan yuran lain haruslah ditanggung sendiri.

Memandangkan tanah itu dimiliki oleh satu Komuniti, contohnya dimiliki oleh seluruh kampung dan bukan individu, maka ia tidak dapat diterima sebagai cagaran untuk kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh kami.

Selaras dengan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan, permohonan pinjaman bersama hanya boleh dibuat sekiranya kedua-dua pemohon berada di dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri.

* Syarikat kami mempunyai hak untuk mengubah sebarang maklumat, terma & syarat di atas dari masa ke masa tanpa mengemukakan apa-apa sebab.

Any Inquiry? Let's Talk.

We welcome any and all suggestions, so leave us a comment and we will get back to you.

Back To Top