Skip to content
English

KEMUDAHAN PINJAMAN SABAH

Kemudahan Pinjaman untuk Hartanah Kediaman (Individu atau Korporat)

Untuk orang awam (warganegara Malaysia) atau korporat (Syarikat yang berdaftar di Malaysia).

Pinjaman Maksimum

90% daripada kos hartanah atau nilai pasaran, yang mana lebih rendah.

Tempoh Pembayaran Balik Maksimum

Tempoh pembayaran sehingga 35 tahun (dengan syarat umur peminjam pada akhir tempoh pembayaran tidak melebihi 70 tahun).

Kadar Faedah – Mengikut Kaedah Baki Berkurang

5.50% setahun untuk 36 bulan pertama, dan seterusnya, pada kadar faedah semasa syarikat kami

* Syarikat kami mempunyai hak untuk mengubah sebarang maklumat, terma & syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa mengemukakan apa-apa sebab.

Ciri-Ciri Tambahan

Bagi permohonan individu, akaun bersama antara ibu/bapa dengan anak adalah dibenarkan (tertakluk kepada Terma & Syarat berkenaan).
Pilihan untuk membuat bayaran balik tambahan untuk mengurangkan faedah pinjaman.
Bayaran lebihan boleh dikeluarkan sekiranya diperlukan.
Fleksibiliti untuk menentukan tempoh dan jumlah perlindungan MDTA.

Dokumen yang diperlukan untuk Permohonan

Pendapatan penggajian

  1. Salinan IC yang disahkan (pemohon/ pasangan/ penjual/ penjamin)
  2. Salinan slip gaji yang disahkan (pemohon/ penjamin) – 3 bulan terkini untuk yang berpendapatan tetap/ 6 bulan terkini untuk yang berpendapatan gaji lebih masa atau komisen
  3. Salinan EC / EA yang disahkan (pemohon)
  4. Salinan penyata KWSP
  5. Salinan penyata bank akaun simpanan peribadi 6 bulan terkini
  6. Salinan Borang Tempahan Pembelian Hartanah/ Perjanjian Jual Beli/ Surat Niat
Mohon Sekarang
Borang Permohonan – Individu (PDF)
Borang Permohonan – Korporat (PDF)

Pendapatan Perniagaan

Pemilik Tunggal / Perkongsian

  1. Salinan IC yang disahkan (pemohon/ pasangan/ penjual/ penjamin)
  2. Salinan Lesen Perniagaan tahun terkini
  3. Salinan Borang B/ Borang BE tahun terkini
  4. Salinan penyata bank akaun perniagaan 6 bulan terkini
  5. Salinan penyata bank akaun simpanan peribadi 6 bulan terkini
  6. Salinan Borang Tempahan Pembelian Hartanah / Perjanjian Jual Beli / Surat Niat

Korporat / Syarikat

  1. Salinan Lesen Perniagaan tahun terkini
  2. Salinan Memorandum dan Artikel Persatuan syarikat yang disahkan
  3. Salinan Borang 24 terkini yang disahkan
  4. Salinan Borang 49 terkini yang disahkan
  5. Salinan Penyata Kewangan yang diaudit 3 tahun terkini
  6. Salinan penyata bank akaun syarikat 6 bulan terkini
  7. Salinan Resolusi Lembaga Pengarah Syarikat membenarkan permohonan pinjaman yang disahkan
  8. Salinan Kad Pengenalan setiap Pengarah yang disahkan
  9. Salinan Notis Taksiran Syarikat Terkini (Borang J)
  10. Salinan Notis Taksiran Terkini (Borang B) bagi setiap pengarah
  11. Borang Permohonan Pinjaman
  12. Butiran Pengarah seperti dalam Borang A (dilampirkan dengan borang permohonan)

Any Inquiry? Let's Talk.

We welcome any and all suggestions, so leave us a comment and we will get back to you.

Back To Top