Skip to content

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah garis panduan dan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan?

a) Garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM) – Langkah-langkah tambahan untuk membantu Peminjam/ Pelanggan yang terjejas akibat wabak Covid-19.

b) Sabah – Kelulusan daripada Kementerian Kewangan [Klik untuk membuka PDF].

c) Sarawak – Kelulusan daripada Setiausaha Kewangan Negeri [Klik untuk membuka PDF].

2. Adakah saya perlu memohon untuk menikmati moratorium itu?

Tidak. Kedua-dua pinjaman perumahan konvensional dan pembiayaan perumahaan Shariah yang memenuhi kriteria BNM akan layak secara automatik untuk menikmati moratorium/ penangguhan bayaran bulanan, iaitu akaun-akaun yang tidak tertunggak melebihi 90 hari setakat 01 April 2020.

3. Apakah tempoh moratorium?

Ia adalah selama 6 bulan dari April 2020 hingga September 2020. Semasa tempoh moratorium, potongan gaji bagi bayaran bulanan akan dihentikan sementara.

4. Adakah faedah/ keuntungan akan dikenakan dalam tempoh moratorium?

Bagi subsidi pinjaman perumahan konvensional, bahagian faedah yang perlu dibayar oleh pihak pekerja akan terus dikenakan dan dikira secara kadar berkompaun pula.

Bagi subsidi pembiayaan perumahan Shariah, bahagian keuntungan yang perlu dibayar oleh pihak pekerja akan terus dikenakan tetapi tidak dikira secara kadar berkompaun.

5. Apakah amaun bayaran bulanan selepas tamat tempoh moratorium 6 bulan itu?

Tiada perubahan amaun bayaran bulanan bagi pinjaman perumahan konvensional dan juga pembiayaan perumahaan Shariah apabila ia disambung semula pada bulan Oktober 2020.

6. Adakah tempoh pinjaman/ pembiayaan akan dilanjutkan?

Ya, tempoh pinjaman/ pembiayaan akan dilanjutkan dengan sewajarnya sehingga tahap penyelesaian pinjaman/ pembiayaan kelak, tetapi ia tidak termasuk faktor-faktor lain seperti tunggakan yang berlaku dalam tempoh berikutnya.

7. Apakah implikasi terhadap polisi insurans bertempoh gadai janji/ Takaful (MDTA/MDTT) yang berkaitan?

Oleh kerana lanjutan tempoh pinjaman/ pembiayaan yang tersebut, polisi MDTA atau MDTT (jika berkenaan) tidak akan melindungi tempoh lanjutan dengan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, pada tamat tempoh polisi MDTA/ MDTT kelak, baki pinjaman/ pembiayaan dijangka tidak lagi berjumlah besar.

8. Adakah saya dibenarkan membuat pembayaran untuk mengurangkan atau menyelesaikan pinjaman/ pembiayaan saya semasa tempoh moratorium/ penangguhan?

Ya, anda pasti dibenarkan membuat pembayaran semasa tempoh penangguhan. Sila buat pembayaran kepada akaun-akaun bank BHMFB seperti yang disenaraikan di laman web kami di sini atau di kaunter pejabat-pejabat kami.

9. Adakah moratorium selama 6 bulan diberikan pula kepada pegawai-pegawai Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan/ Majlis serta Agensi-Agensi Negeri?

Ya, moratorium bayaran bulanan selama 6 bulan ini juga diberikan oleh BHMFB kepada pegawai-pegawai Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan/ Majlis serta Agensi-Agensi Negeri.

Back To Top