Skip to content

English / Bahasa Malaysia

Mengenai Kami

Di Borneo Housing, kami menawarkan pembiayaan perumahan. Kami adalah ejen utama yang dilantik oleh Kerajaan-kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk menyediakan dan menguruskan pembiayaan perumahan untuk penjawat awam, termasuk pegawai-pegawai agensi Kerajaan dan Badan-badan berkanun, di kedua-dua Negeri.

Kami juga menyediakan pembiayaan untuk membeli hartanah komersil.

Untuk melengkapkan aktiviti pembiayaan hartanah, kami juga menyediakan kemudahan Pinjaman Penyambung (Bridging Loan), Pinjaman Berputar (Revolving Loan) dan Pinjaman Berjangka (Term Loan) kepada pemaju / kontraktor projek perumahan / pembinaan yang layak.

Selamat Datang ke Borneo Housing Mortgage Finance Berhad

Visi

Untuk menjadi Institusi Kewangan milik Kerajaan yang paling dipercayai.

 

Objektif

Untuk menggalakkan pemilikan rumah dengan memberikan pembiayaan jangka panjang kepada pembeli rumah yang layak.

Latarbelakang Syarikat

Borneo Housing Mortgage Finance Berhad diperbadankan pada 10hb Disember 1958 di Sarawak sebagai sebuah syarikat awam atas nama Borneo Housing Development Limited. Ia bermula sebagai usahasama antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Perbadanan Pembangunan Komanwel (CDC). Kerajaan Negeri Sabah menyertai usahasama tersebut sebagai pemegang saham pada bulan Oktober 1959. Selanjutnya, kedua-dua Kerajaan Negeri memperolehi pegangan saham CDC, yang kemudiannya menjadi pemegang saham yang setara dalam Syarikat.

Status Syarikat

Syarikat ini diklasifikasikan sebagai ‘institusi terjadual‘ di bawah Akta Perbankan Dan Institusi Kewangan, 1989. Sebagai syarikat milik kerajaan, ia menikmati status / pengecualian berikut: –
  • Ia telah dikecualikan oleh Kementerian Kewangan melalui Bank Negara Malaysia daripada mendapatkan lesen di bawah Seksyen 7 (4) Akta Syarikat Kewangan 1969;
  • Ia telah diberikan status syarikat yang diluluskan di bawah Ordinan KWSP, 1976. Status ini membolehkan syarikat meminjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
  • Ia telah diberikan status perbadanan yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat 1965 oleh Kementerian Kewangan melalui Bank Negara Malaysia. Ini membolehkan syarikat menerima deposit daripada orang awam tanpa mengeluarkan prospektus.
swak_gazette02

Sarawak Gazette, 28 February 1959
Sumber:
Pustaka Negeri Sarawak, www.pustaka-sarawak.com

Struktur Modal

Modal saham Syarikat yang dibenarkan dan berbayar adalah seperti berikut: –

AuthorisedPaid-up
Ordinary Shares RM 146.0 million RM 126.4 million
Preference SharesRM 54.0 million
RM 200.0 million RM 126.4 million

Pemegang Saham

Pemegang saham Syarikat dan pegangan saham masing-masing adalah seperti berikut: –

ShareholdersAmountPercent %
Sarawak Financial Secretary IncorporatedRM 63.2 million50%
Qhazanah Sabah BerhadRM 63.2 million50%
RM 126.4 million100%

Qhazanah Sabah Berhad dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Lembaga Pengarah Syarikat

Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat sekarang ialah: –
Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Hj. Abdul Aziz Bin Hj. Husain

– Pengerusi

Datuk Bolkiah Bin Ismail
Datu Hasmawati Binti Sapawi
Datu Hajah Elean Binti Masa’at
Encik Ahmad Rizal Bin Dahli
Tuan Mohd Faizal Bin Mohd Tahir

Pengurusan Syarikat

Pengurusan Syarikat terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengurus Besar, serta Ketua-ketua Bahagian dan Jabatan. Ketua Pegawai Eksekutif adalah bertanggungjawab ke atas urusan keseluruhan dan pelaksanaan dasar Syarikat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah.

Laporan Kewangan

Back To Top