English / Bahasa Malaysia
Mengenai Kami
Di Borneo Housing, kami menawarkan pembiayaan perumahan. Kami adalah ejen utama yang dilantik oleh Kerajaan-kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk menyediakan dan menguruskan pembiayaan perumahan untuk penjawat awam, termasuk pegawai-pegawai agensi Kerajaan dan Badan-badan berkanun, di kedua-dua Negeri.
Kami juga menyediakan pembiayaan untuk membeli hartanah komersil.
Untuk melengkapkan aktiviti pembiayaan hartanah, kami juga menyediakan kemudahan Pinjaman Penyambung (Bridging Loan), Pinjaman Berputar (Revolving Loan) dan Pinjaman Berjangka (Term Loan) kepada pemaju / kontraktor projek perumahan / pembinaan yang layak.
Selamat Datang ke Borneo Housing Mortgage Finance Berhad
Visi
Untuk menjadi Institusi Kewangan milik Kerajaan yang paling dipercayai.
Objektif
Untuk menggalakkan pemilikan rumah dengan memberikan pembiayaan jangka panjang kepada pembeli rumah yang layak.
Latarbelakang Syarikat
Status Syarikat
- Ia telah dikecualikan oleh Kementerian Kewangan melalui Bank Negara Malaysia daripada mendapatkan lesen di bawah Seksyen 7 (4) Akta Syarikat Kewangan 1969;
- Ia telah diberikan status syarikat yang diluluskan di bawah Ordinan KWSP, 1976. Status ini membolehkan syarikat meminjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
- Ia telah diberikan status perbadanan yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat 1965 oleh Kementerian Kewangan melalui Bank Negara Malaysia. Ini membolehkan syarikat menerima deposit daripada orang awam tanpa mengeluarkan prospektus.
Sarawak Gazette, 28 February 1959
Sumber:
Pustaka Negeri Sarawak, www.pustaka-sarawak.com
Struktur Modal
Modal saham Syarikat yang dibenarkan dan berbayar adalah seperti berikut: –
Authorised | Paid-up | |
---|---|---|
Ordinary Shares | RM 146.0 million | RM 126.4 million |
Preference Shares | RM 54.0 million | – |
RM 200.0 million | RM 126.4 million |
Pemegang Saham
Pemegang saham Syarikat dan pegangan saham masing-masing adalah seperti berikut: –
Shareholders | Amount | Percent % |
---|---|---|
Sarawak Financial Secretary Incorporated | RM 63.2 million | 50% |
Qhazanah Sabah Berhad | RM 63.2 million | 50% |
RM 126.4 million | 100% |
Qhazanah Sabah Berhad dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Lembaga Pengarah Syarikat
– Pengerusi
Pengurusan Syarikat