Pinjaman Bersubsidi oleh Badan Berkanun/ Agensi-Agensi Kerajaan Negeri
Bagi kakitangan yang berkhidmat dalam organisasi-organisasi di atas.
Pinjaman Maksimum
100% daripada kos hartanah atau nilai pasaran mengikut penilaian Syarikat kami, yang mana lebih rendah, dan tertakluk kepada kelayakan pemohon.
Pinjaman maksimum adalah tertakluk kepada skim pinjaman bersubsidi majikan.
Dokumen yang diperlukan untuk Permohonan
- Salinan IC yang disahkan (pemohon/ pasangan/ penjual/ penjamin)
- Salinan slip gaji yang disahkan (pemohon/ penjamin) – 3 bulan terkini untuk yang berpendapatan tetap/ 6 bulan terkini untuk yang berpendapatan gaji lebih masa
- Salinan EC/ EA yang disahkan (pemohon)
- Salinan Surat Perlantikan Jawatan yang disahkan (pemohon)
- Salinan Surat Pengesahan Kelayakan dari Jabatan
- Salinan Borang Tempahan Pembelian Hartanah/ Perjanjian Jual Beli/ Surat Niat
Tempoh Pembayaran Balik Maksimum
Tertakluk kepada skim pinjaman bersubsidi majikan masing-masing
Kadar Faedah Bersubsidi
Menurut skim pinjaman bersubsidi organisasi masing-masing.
Ciri-Ciri Tambahan
Pembayaran bulanan melalui potongan gaji.
Pinjaman untuk MDTA disediakan.
Soalan Lazim
Ya, anda boleh memohon tetapi tertakluk kepada kelulusan majikan anda.
Bagi kakitangan Badan Berkanun/ Agensi-Agensi Kerajaan Negeri, tempoh pembayaran balik adalah tertakluk kepada skim pinjaman bersubsidi majikan masing-masing.
Ya, tetapi tertakluk kepada kelulusan majikan anda.
Ya, anda boleh melantik kontraktor anda sendiri dan juga mengemukakan Perjanjian Kontrak kepada kami (jika ada).
Tidak, kami tidak membenarkan pengeluaran bayaran pendahuluan daripada pinjaman. Selepas dokumen pinjaman diselesaikan, pengeluaran pinjaman hanya boleh dibuat secara progresif berdasarkan Laporan Penilaian syarikat kami mengenai tahap pencapaian kerja-kerja pembinaan.
Tidak, kami tidak membenarkan pengeluaran bayaran yuran guaman daripada pinjaman yang diluluskan. Kos dan yuran lain haruslah ditanggung sendiri.
Memandangkan tanah itu dimiliki oleh satu Komuniti, contohnya dimiliki oleh seluruh kampung dan bukan individu, maka ia tidak dapat diterima sebagai cagaran untuk kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh kami.
* Syarikat kami mempunyai hak untuk mengubah sebarang maklumat, terma & syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa mengemukakan apa-apa sebab.