Pinjaman Bersubsidi oleh Kerajaan Negeri Sabah
Bagi pegawai awam yang berkhidmat dalam Kerajaan Negeri Sabah.
Garis panduan, terma & syarat di bawah skim pinjaman seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling Kementerian Kewangan KEW 100-4/4.Klt.7 yang dikeluarkan pada 30 Mac, 2017.
Pinjaman Maksimum
100% daripada kos hartanah atau nilai pasaran mengikut penilaian Syarikat kami, yang mana lebih rendah, dan tertakluk kepada kelayakan pemohon.
Pinjaman maksimum adalah RM500,000 – tertakluk kepada pengesahan kelayakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Dokumen yang diperlukan untuk Permohonan:
- Salinan IC yang disahkan (pemohon/ pasangan/ penjual/ penjamin)
- Salinan slip gaji yang disahkan (pemohon/ penjamin) yang disahkan – 3 bulan terkini
- Salinan EC/ EA yang disahkan (pemohon)
- Salinan Surat Perlantikan Jawatan yang disahkan (pemohon)
- Salinan Surat Pengesahan Kelayakan dari Jabatan
- Salinan Borang Tempahan Pembelian Hartanah/ Perjanjian Jual Beli/ Surat Niat
Tempoh Pembayaran Balik Maksimum
Tempoh pembayaran sehingga 30 tahun (dengan syarat umur peminjam pada akhir tempoh pembayaran tidak melebihi 70 tahun).
Kadar Faedah Bersubsidi
3.0% setahun mengikut kaedah baki berkurang.
Ciri-Ciri Tambahan
Pembayaran bulanan melalui potongan gaji.
Pinjaman untuk MDTA disediakan.
Soalan Lazim
Ya, anda boleh memohon tetapi tertakluk kepada kelulusan Kerajaan.
Tempoh pinjaman maksimum adalah 30 tahun (dengan syarat umur peminjam pada akhir tempoh pembayaran tidak melebihi 70 tahun).
Ya, tetapi tertakluk kepada kelulusan Kerajaan.
Tidak, kami tidak membenarkan pengeluaran bayaran pendahuluan daripada pinjaman. Selepas dokumen pinjaman diselesaikan, pengeluaran pinjaman hanya boleh dibuat secara progresif berdasarkan Laporan Penilaian syarikat kami mengenai tahap pencapaian kerja-kerja pembinaan.
Tidak, kami tidak membenarkan pengeluaran bayaran yuran guaman daripada pinjaman yang diluluskan. Kos dan yuran lain haruslah ditanggung sendiri.
Memandangkan tanah itu dimiliki oleh satu Komuniti, contohnya dimiliki oleh seluruh kampung dan bukan individu, maka ia tidak dapat diterima sebagai cagaran untuk kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh kami.
Selaras dengan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan, permohonan pinjaman bersama hanya boleh dibuat sekiranya kedua-dua pemohon berada di dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri.
* Syarikat kami mempunyai hak untuk mengubah sebarang maklumat, terma & syarat di atas dari masa ke masa tanpa mengemukakan apa-apa sebab.