Simpanan Tetap
Syarikat kami menerima simpanan tetap daripada kerajaan, badan–badan berkanun, koporat, persatuan, koperasi, badan-badan masyarakat, badan-badan korporat lain serta individu persendirian.
Kami menawarkan kadar faedah yang menarik kepada para penyimpan. Kadar faedah yang ditunjukkan di bawah berkuatkuasa 1hb Jun, 2023.
Tenure | Tier 1 Nominal Rate (% p.a.) | Tenure | Tier 2 Nominal Rate (% p.a.) |
---|---|---|---|
1 month | 2.65 | 1 month | 2.40 |
2 months | 2.65 | 2 months | 2.40 |
3 months | 2.70 | 3 months | 2.45 |
4 months | 2.70 | 4 months | 2.45 |
5 months | 2.70 | 5 months | 2.45 |
6 months | 2.75 | 6 months | 2.50 |
7 months | 2.75 | 7 months | 2.50 |
8 months | 2.75 | 8 months | 2.50 |
9 months | 2.80 | 9 months | 2.55 |
10 months | 2.80 | 10 months | 2.55 |
11 months | 2.80 | 11 months | 2.55 |
12 months | 2.85 | 12 months | 2.60 |
>12 months | Negotiable | >12 months | Negotiable |
* Simpanan untuk tempoh selain daripada yang tersenarai mungkin diterima tertakluk kepada pengesahan daripada pihak pengurusan syarikat.
Nota:
(1) Tier 1 adalah berkenaan kepada penyimpan individu persendirian daripada orang awam dan kakitangan syarikat sahaja.
(2) Tier 2 adalah berkenaan kepada penyimpan daripada pemegang saham, institusi kewangan, korporat, parti politik, persatuan, kelab, badan-badan masyarakat, pertubuhan keagamaan, sekolah dan penyimpan lain.
Soalan Lazim
Ya, tertakluk kepada sebarang sekatan ke atas mata wang dan lain-lain sekatan yang dikenakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, faedah simpanan akan dikenakan cukai pegangan..
Penyimpan dikehendaki melengkapkan Kad spesimen dan dokumen lain yang boleh didapati di pejabat kami dan meletakkan simpanan awal sekurang-kurangnya RM500 (RM5,000 untuk simpanan 1 bulan). Penyimpan selain daripada individu hendaklah menyediakan bukti autoriti untuk simpanan, contohnya resolusi lembaga untuk syarikat.
Untuk simpanan di bawah tempoh 12 bulan, faedah dibayar apabila matang. Untuk simpanan melebihi 12 bulan, faedah akan dibayar setiap setengah tahun.
Ya, warga tua yang berumur 55 dan ke atas pada masa menempatkan simpanan tetap akan diberikan 0.25% lebih tinggi daripada kadar Tier 1 untuk tempoh yang sewajarnya.
Tidak, disebabkan perubahan terkini dalam amalan industri perbankan, sebarang cek yang diterima untuk simpanan ke akaun anda dengan syarikat kami mesti dikeluarkan atas nama Borneo Housing Mortgage Finance Berhad. (Terpakai untuk cawangan Kuching sahaja).