skip to Main Content

Berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia pada 24 Mac 2020 berhubung dengan penangguhan bayaran bulanan bagi kemudahan pinjaman perumahan / pembiayaan rumah, kami ingin memaklumkan bahawa moratorium selama enam bulan akan diberikan secara automatik kepada pelanggan kami, tertakluk kepada kriteria-kriteria berikut dipenuhi:

  • Pinjaman / pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 01 April 2020.
  • Pinjaman/Pembiayaan BUKAN di bawah Skim Pinjaman Perumahan / Pembiayaan Rumah untuk kakitangan Kerajaan Negeri termasuk kakitangan Badan-badan Berkanun, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan serta Agensi-agensi Kerajaan.

Moratorium akan berkuatkuasa mulai 01 April 2020 sehingga 30 September 2020. Selepas tamat tempoh enam (6) bulan, bayaran bulanan anda akan disambung semula.

Pelanggan tidak perlu menelefon atau melawat pejabat kami untuk mengemukakan sebarang dokumen untuk memohon penangguhan ini, kerana kami akan melengkapkan proses ini secara automatik untuk anda.

Bagi kakitangan Kerajaan Negeri, termasuk kakitangan Badan-badan Berkanun, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi-agensi Kerajaan, kami ingin memaklumkan bahawa akaun-akaun anda juga akan menikmati enam-bulan moratorium ini. Sila klik FAQ link berikut untuk butiran-butiran lanjut:

FAQ: Moratorium / Penangguhan Selama 6 Bulan bagi Bayaran Bulanan di bawah Skim Pinjaman Perumahan Pegawai-Pegawai Kerajaan

Untuk pelanggan korporat kami yang mempunyai Pinjaman Penyambung (Bridging Loan), Pinjaman Berputar (Revolving Loan) dan Pinjaman Berjangka (Term Loan), sila hubungi kakitangan Bahagian Pembiayaan Korporat kami jika syarikat anda ingin menyertai program penangguhan pembayaran balik ini.

Terima kasih atas perhatian anda.

Nota: Bagi pelanggan yang ingin meneruskan bayaran bulanan seperti biasa dalam tempoh moratorium ini, sila berbuat demikian dan sebarang pembayaran yang diterima akan dikreditkan ke akaun pinjaman perumahan / pembiayaan rumah
anda.

Notis ini dikeluarkan oleh
Borneo Housing Mortgage Finance Berhad.

Back To Top